BAB 1:ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN
Keselamatan Am
Keselamatan Bengkel
- Lantai tidak licin.
- Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru.
Keselamatan Diri
Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel.
- Memakai apron dan kasut getah.
Keselamatan Alatan
- Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak.
- Gunakan alatan mengikut fungsinya.
Keselamatan Penggunaan Elektrik
- Pastikan tangan tidak basah.
- Jangan menggunakan peralatan yang rosak.
Pengelasan alat pemadam api
Kelas A (Jenis cair)
- Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas.
Kelas B (Jenis buih)
- Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat.
Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida)
- Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya.
Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering)
- Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.
Etika dan budaya kerja
- Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.
- Etika kerja termasuk menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh.
- Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja.
Untuk maklumat lanjut,sila klik di sini...http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/
BAB 2:REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
Definisi Reka bentuk dan teknologi
- Rekabentuk mempengaruhi segala aktiviti seharian kita
- Produk yang dihasilkan mungkin ciptaan sendiri atau ubahsuai
- Reka bentuk ialah aturan atau susunan perancangan bahan untuk menghasilkan projek
- Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan mengenai sesuatu dengan menggunakan alat,sumber,teknik dan sistem untuk kehidupan yang lebih aktif
ASAS MEREKA BENTUK
- Proses Mereka Bentuk
- Mengenal pasti Masalah
- Tiada produk di pasaran
- Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
- Produk sedia ada susah dikendalikan
- Produk di pasaran besar dan berat
- Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
- Produk sedia ada mahal
- Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya
- Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
- Data dan maklumat yang diperolehi dengan
- menyiasat
- membaca
- membuat lawatan
- melayari internet
- temuramah
- Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
- Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan
- Data dan maklumat yang diperolehi dengan
- Menilai dan memilih idea yang terbaik
- Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
- Analisa dan pilih satu idea yang terbaik
- Pembinaan (perlaksanaan idea)
- Pengubahsuaian
- Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
- Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
- Keseluruhan produk tidak berfungsi
- Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna
- Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
- Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat
- Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
- Pendokumentasian
Satu laporan lengkap secara bertulis- Butiran Laporan mestilah mengandungi
- Tajuk
- Latar belakang
- Objektif
- Deskripsi projek
- Rujukan
- Lampiran
- Butiran Laporan mestilah mengandungi
- Mengenal pasti Masalah
- Faktor Reka bentuk
- Fungsi
» Berfungsi - Rupa bentuk
» Menarik - Kesesuaian bahan
» Mudah didapati - Kaedah Pembinaan
» Tidak merumitkan
» Tidak membazirkan masa - Ketahanan
» Tahan ketika digunakan
» Tahan ketika disimpan
» Tidak mudah rosak, patah atau pecah - Kos produk
» berpatutan - Kemasan
» bersesuaian dengan penggunaan - Faktor Keselamatan
» mesra pengguna dan mesra alam
Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna - Faktor Kormersial
» Boleh dipasarkan
» Mampu manarik pembeli
- Fungsi
- Pencetusan Idea
- Mengenal pasti Masalah
- Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
- melalui pembacaan
- melayari internet
- membuat lawatan dan kajian
- Menilai dan memilih idea yang terbaik
- Melakar
- Tujuan Melakar membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
- Ciri-ciri Lukisan Lararan
Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi
- maklumat bahan
- ukuran panjang dan lebar
- ukuran tinggi dan tebal
- jenis penyambung yang digunakan
- tarikh lakaran
- Skala
- Dimensi
- Nama individu/kumpulan
- Nama projek
- Jenis lukisan lakaran
- Lukisan Oblik
- Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
- Lukisan Isometrik
- Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi
- Lukisan perspektif
- Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk
- Lukisan Oblik
JENIS BAHAN
- Kayu
- Jenis Kayu
- Kayu Keras
- Cengal
- Sepetir
- Kapur
- Kayu Lembut
- Kayu Getah
- Jelutung
- Meranti
- Kayu Keras
- Saiz Kayu
- Papan Tebal
»Tebal 38 mm - 100 mm
» Lebar 150 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m
- Papan Nipis
» Tebal 10 mm - 38 mm
» Lebar 76 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m
- Kayu Beroti
Tebal 38 mm - 100 mm
» Lebar 75 mm - 150 mm
» Panjang 3 m - 4 m
- Kayu Jerjak
» Tebal 20 mm - 38 mm
» Lebar 25 mm - 76 mm
» Panjang 3 m - 6 m
- Papan Tebal
- Kecacatan Kayu
- Meleding
- Berspring
- Berpiuh
- Berpintal
- Berpusar
- Merekah
- Ciri-ciri kayu
- Boleh di dapati dalam pelbagai saiz
- Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik
- Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam
- Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul
- Mudah diserang serangga perosak
- Jenis Kayu
- Papan Lapis
Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan- Saiz :
» panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm
Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm - Jenis :
» Kalis air
» Tidak kalis air - Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
- Kelebihan :
» Mudah dipotong
» Tidak retak dan meleding
» Kukuh dan tahan - Keburukan :
» Mudah lekang apabila terkena air
» Hanya boleh digunakan di dalam rumah
- Saiz :
- MDF
Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu- Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan moden
- Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm
- Kelebihan :
- Tahan haba
- Tidak retak
- Tidak mudah bengkok dan meleding
- Permukaannya lebar dan rata
- Mounting Board
Ia adalah sejenis kertas keras- Kegunaan
- Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610 mm x 910 mm
- Kelebihannya :
» Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik
» Mudah dilengkungkan
» Mudah dipotong dan dibentuk
ALATAN TANGAN
- Pembaris Keluli
- Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak
- Saiz : 30 cm dan 15 cm
- Binaan : Dibuat daripada keluli
- Pita Pengukur
- Kegunaan : Mengukur jarak
- Saiz : 3 M dan 6 M
- Sesiku L
- Kegunaan :
- Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
- Untuk menguji kerataan
- Untuk menguji ketepatan
- Untuk menguji kepersegian
- Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
- Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau logam.
- Kegunaan :
- NT Cutter
- Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board
- Saiz :
- Gergaji Tangan
- Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
- Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm
- Gergaji Puting
- Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil
- Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
- Gergaji Lengkung Halus
- Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis
- Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
- Gergaji Besi
- Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC
- Saiz : Ditentukan oleh panjang
- Gerudi Tangan
- Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis
- Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
- Mata Gerudi Pintal
- Kegunaan : Untuk membuat lubang
- Saiz : ditentukan oleh diameter
- Gerudi Engkol
- Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis
- Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit
- Gerimit
- Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut)
- Saiz : ditentukan oleh diameter
- Penebuk Pusat
- Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi
- Saiz :
- Pembenam Paku
- Kegunaan : Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu
- Saiz :
-
Tukul Kuku Kambing
- Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku
- Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
- Tukul Warington
- Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar
- Ragum Kakak Tua
- Kegunaan : Untuk mencabut paku
-
Gandin Kayu
- Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek
- Pahat rata / Pahat tepi serong
- Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.
- Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya
- Kikir Parut
- Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu
- Apit G
- Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi
- Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6"
MESIN GERUDI
- MESIN GERUDI LANTAI
- Kegunaan
Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam
- Bahagian dan fungsinya
- Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
- Suis = Menghidup dan mematikan motor
- Bindu = Memutar mata gerudi
- Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
- Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
- Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
- Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
- Motor = Memutar bindu
- Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
- Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
- Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
- Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru
- Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
- Pakai pakaian yang sesuai
- Pakai gogal untuk melindungi mata
- Kegunaan
- MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
- Kegunaan:
- Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
- Bahagian dan fungsinya
- Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi
- Suis = menghidup dan mematikan motor
- Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
- Kabel = menghantar arus elektrik
- Cara Menggunakannya
- Mengerudi secara menegak
- Menggerudi secara mendatar
Menggerudi mendatar Menggerudi menegak
- Kegunaan:
BAHAN PEMASANGAN

|
|

i. Paku Panel ii. Paku Kepala rata
- Paku
- Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayu
- Saiz : ditentukan panjang batangnya
- Jenis
- Paku Kepala Rata
- Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu
- Saiz ditentukan oleh : Panjang
- Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
- Paku Panel
- Digunakan : untuk pembinaan perabot
- Mempunyai kepala benam
- Paku Payung
- digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
- Paku Kepala Rata
- Kelebihan :
Senang digunakan. Murah - Keburukan
Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
- Skru
- Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel
- Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala
- Skru Alur Rata/Biasa
- Skru Alur Philips
- Skru Kepala Bulat
- Skru Kepala Benam
- Kebaikan skru :
- Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras
- Memberi cengkaman lebih kuat
- Glu PVA
- Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal
- kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF dengan Papan Lapis
PEMBINAAN PROJEK
- Proses Mengukur
Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan - Proses Menanda
Menanda panjang Menanda lebar - Proses Memotong
Mengerat - Proses Membina dan Mencantum
Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman
i. Tanggam Lekap Palang ii. Tanggam Lekap T iii.Tanggam Temu iv. Tanggam Temu
- Membuat tanggam
- Pilih tanggam yang sesuai
- Ikuti langkah-langkah yang betul
- Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
- Mengglu
- Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
- Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
- Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam
- Memaku
- Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek
- Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek
- Menskru
- Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu
- Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai
- Membuat tanggam
KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit
- Bahan kemasan
- Tepung Penyumbat
- Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
- Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
- Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine
- Cat Alas
- Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
- Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan lebih rata sapuannya
- Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum menyapukan dengan cat licau
- Cat Licau
- Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
- Kelebihan :
- Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik
- Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
- Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus
- Cat semburan
- Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
- Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
- Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
- Syelek
- Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu
- Kelebihan : kos murah dan cepat kering
- Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu
- Tona kayu
- Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
- Kelebihan :
- Mudah digunakan
- Cepat kering
- Masih kelihatan urat kayu
- Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
- Lekar
- Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan kayu
- Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
- Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
- Pelekat (Fomika dan stiker)
- Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik dan menarik
- Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan permukaan kayu
- Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
- Tepung Penyumbat
- Bahan Pelarut
- Spirit Methil
- Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelek
- Turpentine
- Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus cat
- Thinner
- Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan berus lekar
- Spirit Methil
- Alatan kemasan
- Kerta Las
- Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
- Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)
- Pengikis
- Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
- Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu
- Berus Syelek
- Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
- Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.
- Berus Cat
- Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
- Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu
- Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai
- berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
- Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus
- Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.
- Kerta Las
BAB 3: ELEKTRIK
MAKSUD ELEKTRIK
- Elektrik ialah tenaga
- Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
- Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
- Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).
- Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad)
SUMBER ELEKTRIK
i. Sel Kering
ii. Sel Basah
iii. Dinamo Basikal
Kaedah menghasilkan elektrik:
1.Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah
2.Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa
3.Lain-lain seperti:
-kuasa solar
-tindakan haba
Bahagian Sel kering
A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Puncanegatif
Sel Kering
A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Puncanegatif
Sel Kering
- Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt
- Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 voltDua sel kering disambung siri
- Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
- Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balaskimia
- Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - sepertilampu picit, jam loceng, alatan permainan
Sel Basah
- Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
- Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
- Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
- Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Platnegatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)
Dinamo Basikal
1.Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
2.Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
3.Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhankemagnetan
Bahagian Dinamo Basikal
A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = puncaelektrik
Jenis-jenis sel
- Sel alkali
- Sel merkuri
- Sel lithium
- Sel nikel kadmium
KEGUNAAN ELEKTRIK
1.Untuk menghasilkan :
i.cahaya-Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED
ii.bunyi-Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng
iii.haba-Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar
iv.gerakan-Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik
v isyarat elektronik-Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer
WAYAR ELEKTRIK
1.Wayar kuprum beranemali.Digunakan untuk membuat gegelung elektrik
2.Teras tunggal
- Digunakan dalam bidang elektronik
- Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah
3.Teras kembar
- Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara
- Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidupdan wayar neutral sahaja
4.Kabel teras tiga
- Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi
- Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi
Lampu Pendarfuor
Lampu pendarfluor

1. Tiub pendarfluor
Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.
Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.
Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.
Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.
Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.
Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.
Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.
Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.
Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
2. Perumah
Perumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.
Perumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.
3. Cok
Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.
Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.
4. Pemegang tiub
Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.
Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.
Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.
Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.
5. Pemegang suis penghidup
Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.
Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.
6. Suis penghidup
Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.
Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.
Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.
Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.
Kapasitor
dalam litar lampu kalimantang adalah untuk memperbaiki faktor kuasa.
Tanpa kapasitor, litar ini akan mewujudkan faktor kuasa rendah dan
seterusnya akan memberi kesan kepada pendawaian lampu tersebut dalam
jangkamasa panjang.

Kelebihan Lampu pendaflour
Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
Cahayanya sejuk
Menjimatkan elektrik
Tidak meninggalkan bayang hitam
Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
Cahayanya sejuk
Menjimatkan elektrik
Tidak meninggalkan bayang hitam
BAB 4: KERJA PAIP
JENIS PAIP
Paip Besi Galvani
Dibuat daripada besi galvani
Ciri-cirinya
Tahan lasak
Tidak mudah patah
Berat
Tahan haba tinggi
Boleh berkarat
Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan
Paip PVC
Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
Ciri-ciri
Murah
Ringan
Tidak tahan panas
Mudah patah dan pecah
Dijual dalam dua gred ketebalan
Paip Poli
Paip getah tiruan hitam (HDPE)
Ciri-ciri
Tahan karat
Tidak mudah patah
Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
Liat dan elastik
boleh dilentur
Jenis penyambung
1. Soket sama - Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
2. Soket pengecil - Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
3. Siku 90º - Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
4. T sama - Digunakan untuk menambah sambungan paip
5. T pengecil - Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
6. Penyuai soket injap - Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paip PVC dengan paip BG
7. Penyuai soket PT - Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
8. Puting heksagon -
Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
9. Palam - Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
10. Soket Penjodoh - Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain
Penyambung jenis PVC
Penyambung jenis poli
BAHAN PENYAMBUNG
1. Pita PTFE- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. - digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG
1. Pita PTFE- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. - digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG
2. Glu PVC -
adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering- glu PVC disapu
pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan
PILI
Kegunaan- mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
Jenis
Pili bertiang- mempunyai alur masuk menegak
Pili berbibir- mempunyai alur masuk melintang

Pelbagai jenis Kepala paip/ Pili
Jenis
Pili bertiang- mempunyai alur masuk menegak
Pili berbibir- mempunyai alur masuk melintang

Pelbagai jenis Kepala paip/ Pili

Perangkap sinki jenis botol, jenis P dan S.
Jenis Perangkap Sinki
Perangkap 'P'
Perangkap 'S'
Perangkap botol
Membersihkan perangkap
1. Menggunakan pelocok- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
2. Membuka dan mencuci bahagian kedap- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras
1. Menggunakan pelocok- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
2. Membuka dan mencuci bahagian kedap- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras
BAB 5: JAHITAN
- ALATAN JAHITAN
- Gunting
- Kegunaan
untuk memotong kain dan benang - Jarum peniti
- Kegunaan
untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel - Penetas
- Kegunaan
untuk membuka semula jahitan yang silap - Kapur penanda
- Kegunaan
untuk menanda garisan potongan dan jahitan - Pita Pengukur
- Kegunaan
untuk mengukur di atas kain dan kertas
- MESIN JAHIT
Sebuah mesin jahit model lama
- Jenis dan fungsi mesin jahit
- Mesin jahit tangan
- Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang
- Mesin jahit kaki
- Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang
- Mesin jahit elektrik
- Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang
- Mesin jahit elektronik
- Mesin jahit dikawal
sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan
menggunakan kuasa elektrik
Mesin jahit kaki
|
|||||||||||
- Bahagian mesin jahit
1. Roda Imbang 2. Tiang Benang 3. Tuas penekan 4. Spring Pemegang
5. Jarum Benang 6. Gigi Penolak 7. Tiang penggulung benang 8. Pelaras mata jahitan
- Roda Imbang
- Kegunaan : Mengawal pergerakan mesin
- Tiang Benang
- Kegunaan : Memegang benang
- Tuas benang
- Kegunaan : Menarik dan mengawal pergerakan benang
- Spring pemegang benang
- Kegunaan : Mengawal benang
- Gigi penolak
- Kegunaan : Menolak fabrik semasa menjahit
- Tuas pelaras
- Kegunaan : Melaraskan jarak mata jahitan
- jarum
- Kegunaan : Memasiukkan
benang jahitan ke dalam kain
- Persediaan sebelum menjahit mesin
- Menyediakan benang atas
- Letakkan buku benang pada tiang benang
- Sediakan jarum mesin
- Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang
- Masukkan benang ke dalam lubang tuas penegang benang
- Masukkan hujung benang ke dalam lubang jarum
Langkah-langkah memasang benang atas
- Menyediakan benang bawah
Menggulung benang dalam gelendung
- Gulung benang dalam gelendung
- Masukkan gelendung dalam
sekoci
Memasukkan sekoci - Keluarkan benang bawah
- Melaraskan jahitan
- Laraskan tuas pelaras mengikut jenis kain yang digunakan
- Semasa menjahit
- Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
- Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
- Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit
- Turunkan tuas angkat
- Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit
- Selepas menjahit
- Hentikan putaran roda imbang
- Naikkan jarum mesin
- Naikkan tuas angkat
- Tarik fabrik ke belakang
- Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan
- PENYELENGARAAN MESIN JAHIT
- Meminyakkan mesin
Antara bahagian yang perlu diminyakkan
Tujuan
meminyakkan mesin jahit ialah:
i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseraan
i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseraan
- Menggantikan jarum
- Jarum perlu digantikan sekiranya
a. tumpul
b. patah - Longgarkan skru memengan jarum
Mengeluarkan
jarum yang patah
- keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi
- Gantikan dan masukkan jarum yang baru
- Ketatkan semula pemegang jarum
- Jahitan bermasalah
- Mata jahitan longgar
- Jarum tidak dipasang dengan betul - Betulkan pemasangan jarum
- Gelengdung tidak dipasangkan dengan betul dalam sekoci - Betulkan pemasangan gelendung
- Benang atas longgar - tegangkan benang diceper penegang benang
- Kelim berkedut
- Benang bawah berkedut/berserabut
- Mata jahitan melangkau
·
ARTIKEL JAHITAN
Artikel jahitan mudah yang boleh
dihasilkan adalah seperti berikut:
- Sarung tangan
- Alas dulang/meja
- Tuala tangan
- Penutup TV
Contoh Artikel jahitan : Sarung tangan
·
JENIS JAHITAN HIASAN
Jenis jahitan hiasan yang boleh
digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:
·
PENGIRAAN KOS
- Kos bahan
- Kos bahan ialah kos yang dikenakan ke atas bahan-bahan yang digunakan semasa mengeluarkan produk
- Kos upah
- Kos Upah ialah kos yang dikenakan untuk membayar upah tenaga kerja x dengan masa kerja
- Kos sampingan
- Kos sampingan ialah lain-lain kos yang dikenakan semasa proses pengeluaran seperti air, elektrik dan sebagainya
Contoh Kos pengiraan
Kos Bahan
Bil
|
Bahan
|
Kuantiti
|
Kos Seunit
|
Kos (RM)
|
1
|
Fabrik benang kapas
|
0.5 meter
|
RM1.00
|
|
2
|
Benang jahit
|
RM0.10
|
||
3
|
Span
|
0.5 meter
|
RM1.00
|
RM1.00
|
BAB 6:TANAMAN HIASAN
PENGENALAN TANAMAN HIASAN

Pokok Naungan - Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana
Pokok bunga semusim - Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.

Pokok bunga penutup bumi - Contohnya rumput, Arachis spp

Pokok kaktus - Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus
Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih.
Biji benih ini diperoleh daripada induk yang telah matang. Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah:
KOMPONEN ELEKTRONIK

Tanaman
hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk
menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas
seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang
berbunga dan ada yang tidak berbunga.
Jenis-jenis tanaman hiasan
Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Pokok Naungan - Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana
Pokok
renek - Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. ContohnyaPokok
Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.
Pokok palma - Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.
Pokok bunga semusim - Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.

Pokok bunga penutup bumi - Contohnya rumput, Arachis spp

Pokok kaktus - Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus
Memilih Biji Benih Pokok Bunga Semusim
Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih.
Biji benih ini diperoleh daripada induk yang telah matang. Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah:
- Berisi
- matang
- berbentuk normal
- tiada tanda serangan penyakit
- tidak mempunyai sebarang kecederaan
KOMPONEN ELEKTRONIK
- Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja.
- Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya.
- Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (-).
- Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada mentol
2. Perintang (Resistor)
- Berfungsi mengawal jumlah arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar.
- Nilai disukat dalam unit OHM (Ω).
- Ada 2 jenis:
- Perintang tetap – jenis karbon dan dawai berlilit.
- Perintang boleh laras – meter upaya dan reostat.
- Nilai rintangan dicatat pada perintang atau menggunakan kod warna.
3.Suis
- Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam litar.
- Disambung secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar.
- Jenis suis:
1.Suis
Togel – untuk membuka dan memutuskan arus dalam litar elektronik.
2.Suis
tekan – digunakan pada hon kereta, loceng rumah.
1.Suis
tekan tutup
2.Suis
tekan buka
4.Kapasitor
5.Transistor
- Komponen yang boleh menyimpan dan melepaskan cas elektrik.
- Unit asas ialah FARAD (F)
- 2 jenis :
1.Kapasitor
berkutub-Elektrolitik
dan Tantalum.
2.Kapasitor
tidak berkutub-Seramik
dan Mika
5.Transistor
- Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan kuasa.
- Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan.
- Diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti silikon dan germanium.
- Mempunyai
3 kaki:
1.Pemancar (E)2.Pemungut (C)3.Tapak (B)
- 2 jenis :
1.NPN
2.PNP
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Terima kasih di atas perkongsian ilmu
ReplyDelete